Roti jala merupakan makananan kegemaran di Malaysia, dan juga di negara-negara ASEAN. Roti Jala adalah sejenis hidangan berbentuk jala. Roti
jala dimakan bersama kuah. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang
biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas
kuali leper.
Roti Jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan
dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging. Roti jala dinamakan
sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.
Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (popular di negeri-negeri pantai timur), dan kuah gulai, terutama gulai ayam (popular di pantai barat.)
No comments:
Post a Comment